Pages
- Home
- LAGU-LAGU MATEMATIK
- REKREASI MATEMATIK
- TEKNIK MATEMATIK
- KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
- RANCANGAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN1-6
- DOKUMEN STANDARD MATEMATIK KSSR
- RPH MATEMATIK KSSR TAHUN 1- 3
- INSTRUMEN MATEMATIK KSSR TAHUN 1-3
- MODUL MATEMATIK KSSR
- KSSR
- SISTEM FAIL PBS
- CONTOH KERTAS1 & 2 TAHUN 4
Saturday, 29 December 2012
salam.salam...salam....
hari ini adalah hari yang penuh dengan dugaan..esok exam..study idak juga start huk..huk..huk..
Wednesday, 26 December 2012
Friday, 7 December 2012
MARI KITA JAWAB TEKA-TEKI MATEMATIK NI...
Hilman nak
beli kasut berharga RM97 tetapi dia tak cukup wang. Hilman pinjam wang mama RM50 dan kakaknya RM50.
Sekarang dia dah ada RM100.Hilman terus membeli
kasut kesukaannya dan dapat baki wang RM3
dari tuan kedai.Balik rumah dia pulangkan baki wang kepada mama RM1 dan kakak RM1.
Baki RM1 lagi Hilman pegang. Bila kita
fikirkan , Hilman berhutang dengan mama RM49 kakak RM49
tapi bila dia campur dua-dua hutang ( RM49+ Rm49=RM98),campur juga wang RM1 ditangannya=RM99. Mana lagi RM1 Hilman ye???
P/S : SILA BERI JAWAPAN ANDA DALAM BOX KOMEN OK...
Thursday, 6 December 2012
Tuesday, 4 December 2012
Monday, 3 December 2012
Sunday, 2 December 2012
Saturday, 1 December 2012
JOM KITA FIKIR-FIKIR SEJENAK...
Sekarang lihat ini pula:
Jika 101% dilihat dari sudut pandangan Matematik, apakah ia sama dengan 100%, atau ia LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia mampu memberi lebih dari 100%, atau kita selalu dalam situasi di mana seseorang ingin kita memberi 100% sepenuhnya.
Bagaimana bila ingin mencapai 101%? Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah ini dapat membantu memberi jawapannya.
Jika
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Disamakan sebagai
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26
Maka, perkataan KERJA KERAS bernilai :
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1 = 99%
H-A-R-D-W-O-R-K
8 + 1 + 18 + 4 + 23 + !5 + 18 + 11 = 99%
K-N-O-W-L-E-D-G -E
11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%
A-T-T-I-T-U-D-E
1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%
Sikap diri atau ATTITUDE adalah perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita kerja keras sekalipun tapi tidak ada ATTITUDE yang positif didalam diri, kita masih belum mencapai 100%.
Tapi, LOVE OF GOD
12 + 15 + 22 + 5 + 15 + 6 + 7 + 15 + 4 = 101%
atau, SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
( Ertinya, Cinta & Kasih Sayang ALLAH melampaui Segalanya...)
Jika 101% dilihat dari sudut pandangan Matematik, apakah ia sama dengan 100%, atau ia LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia mampu memberi lebih dari 100%, atau kita selalu dalam situasi di mana seseorang ingin kita memberi 100% sepenuhnya.
Bagaimana bila ingin mencapai 101%? Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah ini dapat membantu memberi jawapannya.
Jika
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Disamakan sebagai
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26
Maka, perkataan KERJA KERAS bernilai :
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1 = 99%
H-A-R-D-W-O-R-K
8 + 1 + 18 + 4 + 23 + !5 + 18 + 11 = 99%
K-N-O-W-L-E-D-G -E
11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%
A-T-T-I-T-U-D-E
1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%
Sikap diri atau ATTITUDE adalah perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita kerja keras sekalipun tapi tidak ada ATTITUDE yang positif didalam diri, kita masih belum mencapai 100%.
Tapi, LOVE OF GOD
12 + 15 + 22 + 5 + 15 + 6 + 7 + 15 + 4 = 101%
atau, SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
( Ertinya, Cinta & Kasih Sayang ALLAH melampaui Segalanya...)
Friday, 30 November 2012
REKOD PENCAPAIAN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI MURID
Saya pamerkan contoh borang untuk merekod pencapaian murid KSSR (Matematik ) yang dapat membantu cikgu-cikgu Tahun 1 melaksanakan SPPBS tahun hadapan.
Jika ada diantara cikgu yang ingin menggunakan borang ini just klik pd gmbr + copy + paste ye..
Jika ada diantara cikgu yang ingin menggunakan borang ini just klik pd gmbr + copy + paste ye..
Thursday, 29 November 2012
SALAM 1 MALAYSIA
Hari ini saya tambah 1 lagi page untuk tajuk kemahiran mikroteaching..Sudi-sudi klik ok..
Apa nak buat yer...????
malam nie x tau lagi nak wat pe pd blog saya ni....emm...search googles la...mana tau ada info yg interesting leh selit dalam blog cikgu hilma kan..kan..kan..pe lagi..onyomot geset go..he he
SHARE WITH ME
Assalammualaikum and gud evening my frens...
Hari ni tak berapa bnyk material yg dapat sy upload tp boleh la dikongsi bersama-sama.
Dalam post sy hanya buat pengenalan mengenai KSSR skit and u all can godek-godek inside my pages about mathematics.
Don't 4get be my follower ok...da..da..da
Wednesday, 28 November 2012
BAND KSSR
TAFSIRAN BAND
BAND
|
PERNYATAAN BAND
|
TAFSIRAN
|
1
|
TAHU
|
Murid tahu
perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons
terhadap perkara yang asas.
|
2
|
TAHU DAN FAHAM
|
Murid
menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta
menjelaskan apa yang telah dipelajari.
|
3
|
TAHU, FAHAM DAN
BOLEH BUAT
|
Murid
menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
situasi.
|
4
|
TAHU, FAHAM DAN
BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
|
Murid
melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau
secara sistematik.
|
5
|
TAHU, FAHAM DAN
BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
|
Murid
melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur
atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
|
6
|
TAHU, FAHAM DAN
BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
|
Murid mampu
menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,
mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan
serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
|
Mari Kenal Apa itu Dokumen Standard Prestasi KSSR
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar
dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang
dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan
dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal
insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.
TAFSIRAN
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda
aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan
individu.
Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk
kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik
bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
Standard Prestasi ialah pernyataan
tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard
dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan
dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar
(konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan
satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa
yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh
ditaksir dan dicapai.
Evidens Murid : Pernyataan
yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan
boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang
dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk
produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
Instrumen ialah alat
yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu
domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
Tuesday, 27 November 2012
HARAPAN
Saya harap kengkawan yang tersinggah kat blog ni berpuas hati ye....if ada sebarang komen plz...plz komen la skit tp biar lah sedap mata memandang time nak baca ok. tq....
Pergi ke kedai nak beli teddy,
Pergi bersama dengan suraya,
Saya ni cikgu baru nak study,
Harap-harap bagi banyak komen ya...
REFLEKSI DAN RPH UNTUK PdP MATEMATIK TAHUN 1
refleksi pengajaran makro
Saya sertakan juga refleksi yang dapat saya lakukan selepas melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam topik masa dan waktu tahun 1( kenal nama bulan)
Saya sertakan juga refleksi yang dapat saya lakukan selepas melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam topik masa dan waktu tahun 1( kenal nama bulan)
jom kongsi-kongsi - P d P matematik tahun 1
matematik tahun 1
Di sini saya sertakan satu persembahan multimedia berkaitan dengan tajuk Matematik - Masa dan waktu untuk Tahun 1 . Diharapkan kita boleh berkongsi ilmu untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran kita di kelas.
Di sini saya sertakan satu persembahan multimedia berkaitan dengan tajuk Matematik - Masa dan waktu untuk Tahun 1 . Diharapkan kita boleh berkongsi ilmu untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran kita di kelas.
Monday, 26 November 2012
Sunday, 25 November 2012
Saturday, 24 November 2012
SELAMAT PETANG
Hello kawan, macam mana cuti hari ni?
Mesti masing-mising ada agenda tersendiri dengan famili.
Have a nice day..da...da...da
Mesti masing-mising ada agenda tersendiri dengan famili.
Have a nice day..da...da...da
Friday, 23 November 2012
Thursday, 22 November 2012
KENAL LINUS
LINUS NUMERASI
Definisi Numerasi
Numerasi ialah keupayaan untuk
melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta
mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian
mengikut bahasa pengantar di sekolah masing – masing.
Pentaksiran
proses mendapatkan maklumat untuk dijadikan bukti supaya penghakiman/penilaian
tentang produk sesuatu proses pendidikan dapat dibuat dan seterusnya keputusan
boleh dibuat ke atas subjek yang ditaksir.
Terdapat 12 Konstruk yang diuji dalam Numerasi .
Konstruk 1 Keupayaan mengenal pra nombor dan angka
Konstruk 2 Keupayaan membilang
Konstruk 3
Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4
Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5
Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6
Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7
Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 Keupayaan mengendalikan ope rasi asas
melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9
Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu
Konstruk 10 Keupayaan menterjemah ayat biasa
kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 Keupayaan mengaplikasi pengetahuan
dan kemahiran dalam kehidupan harian
terhad kepada nombor bulat
Konstruk
12 Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian
melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
Tuesday, 20 November 2012
Sunday, 18 November 2012
Friday, 16 November 2012
LAGU MATEMATIK
hayatilah lagu matematik daripada KASDIM untuk lebih meminati matematik dan mudah menguasai ilmu matematik.
APA ITU MATEMATIK ?
Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji KUANTITI,STRUKTUR,RUANG
dan PERUBAHAN. Terdapat percanggahan
pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi,
ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik
sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya. Albert
Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk
kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk
kepada realiti.
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai
bidang, termasuklah sains semula jadikejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik
kegunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam
bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru
dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru
sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat
dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya
sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang
praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui.
Subscribe to:
Posts (Atom)