Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji KUANTITI,STRUKTUR,RUANG
dan PERUBAHAN. Terdapat percanggahan
pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi,
ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik
sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya. Albert
Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk
kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk
kepada realiti.
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai
bidang, termasuklah sains semula jadikejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik
kegunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam
bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru
dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru
sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat
dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya
sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang
praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui.
No comments:
Post a Comment