Friday 30 November 2012

REKOD PENCAPAIAN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI MURID

Saya pamerkan contoh borang untuk merekod pencapaian murid KSSR (Matematik ) yang dapat membantu cikgu-cikgu Tahun 1 melaksanakan SPPBS tahun hadapan.



Jika ada diantara cikgu yang ingin menggunakan borang ini just klik pd gmbr + copy + paste ye..

Selamat pagi semua

Hai..hai..jumpe lagi dalam dunia matematik ini.

Thursday 29 November 2012

SALAM 1 MALAYSIA

Hari ini saya tambah 1 lagi page untuk tajuk kemahiran mikroteaching..Sudi-sudi klik ok..

Apa nak buat yer...????

malam nie x tau lagi nak wat pe pd blog saya ni....emm...search googles la...mana tau ada info yg interesting leh selit dalam blog cikgu hilma kan..kan..kan..pe lagi..onyomot geset go..he he

SHARE WITH ME

Assalammualaikum and gud evening my frens...
Hari ni tak berapa bnyk material yg dapat sy upload tp boleh la dikongsi bersama-sama.
Dalam post sy hanya buat pengenalan mengenai KSSR skit and u all can godek-godek inside my pages about mathematics.

Don't 4get be my follower ok...da..da..da

Wednesday 28 November 2012

BAND KSSR




TAFSIRAN BAND
BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
1
TAHU
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2
TAHU  DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,  mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Mari Kenal Apa itu Dokumen Standard Prestasi KSSR


Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard  Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

TAFSIRAN
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik  bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan  atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

Evidens Murid Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen      :           Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

Tuesday 27 November 2012

HARAPAN

Saya harap kengkawan yang tersinggah kat blog ni berpuas hati ye....if ada sebarang komen plz...plz komen la skit tp biar lah sedap mata memandang time nak baca ok. tq....
Pergi ke kedai nak beli teddy,
Pergi bersama dengan suraya,
Saya ni cikgu baru nak study,
Harap-harap bagi banyak komen ya...

REFLEKSI DAN RPH UNTUK PdP MATEMATIK TAHUN 1

refleksi pengajaran makro
Saya sertakan juga refleksi yang dapat saya lakukan selepas melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam topik masa dan waktu tahun 1( kenal nama bulan)

jom kongsi-kongsi - P d P matematik tahun 1

matematik tahun 1

Di sini saya sertakan satu persembahan multimedia berkaitan dengan tajuk Matematik - Masa dan waktu untuk Tahun 1 . Diharapkan kita boleh berkongsi ilmu untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran kita di kelas.

Saturday 24 November 2012

SELAMAT PETANG

Hello kawan, macam mana cuti hari ni?
Mesti masing-mising ada agenda tersendiri dengan famili.
Have a nice day..da...da...da

Thursday 22 November 2012

KENAL LINUS


LINUS NUMERASI

Definisi Numerasi

Numerasi ialah keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian mengikut bahasa pengantar di sekolah masing – masing.

Pentaksiran proses mendapatkan maklumat untuk dijadikan bukti supaya penghakiman/penilaian tentang produk sesuatu proses pendidikan dapat dibuat dan seterusnya keputusan boleh dibuat ke atas subjek yang ditaksir.
Terdapat 12 Konstruk yang diuji dalam Numerasi .
Konstruk 1 Keupayaan mengenal pra nombor dan angka
Konstruk 2 Keupayaan membilang
 Konstruk 3 Keupayaan memahami nilai nombor
 Konstruk 4 Keupayaan membuat seriasi
 Konstruk 5 Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
 Konstruk 6 Keupayaan menyatakan waktu
 Konstruk 7 Keupayaan mengendalikan operasi asas
 Konstruk 8 Keupayaan mengendalikan ope rasi asas melibatkan mata wang Malaysia
 Konstruk 9 Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu
 Konstruk 10 Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
 Konstruk 11 Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan    harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

Friday 16 November 2012

LAGU MATEMATIK

hayatilah lagu matematik daripada KASDIM untuk lebih meminati matematik dan mudah menguasai ilmu matematik.

APA ITU MATEMATIK ?


Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji KUANTITI,STRUKTUR,RUANG dan PERUBAHAN.  Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya. Albert Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti.
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadikejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik kegunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui.

BEST LAGU NIH


Thursday 15 November 2012